BENGKEL PEMANTAPAN TENAGA PENGAJAR HALAL (TPH)
- Details
- Published: Wednesday, 01 November 2017 08:17

Satu bengkel pemantapan Tenaga Pengajar Halal (TPH) telah diadakan pada 26 Oktober 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Insanfikir, TISSA UUM. Bengkel ini telah melibatkan penyertaan dari tenaga pengajar halal yang terdiri dari pensyarah IBS dan felo-felo Asean Halal Association (AHAL), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik (STML). Bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustazah Rosyadah Ramli, Penolong Pengarah dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.