Follow Us

member login button png 8

Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik (STML) dengan kerjasama Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah mengadakan Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi dan Logistik 2013 (SIPTIK IV)yangbertemakan'Green Technology, Innovation and Commercialization Towards Sustainability’ pagi tadi.

Menurut Dekannya, Prof Madya Dr Zulkifli Mohamed Udin program ini diadakan untuk melahirkan mahasiswa berjiwa penyelidik yang mampu mencetuskan idea, wacana serta memupuk pemikiran kreatif dan inovatif untuk menghasilkan kajian atau projek yang berkualiti.

Katanya, ia dikendalikan oleh pelajar semester akhir dan ini merupakan platform terbaik mereka untuk berkongsi pengalaman dan maklumat terkini bersama pihak akademik dan industri di samping dapat mempamerkan produk dan hasil kerja mereka.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Rosna Awang Hashim dalam ucapan perasmiannya berkata program ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan memantapkan lagi personaliti pelajar di mana dua elemen ini dapat membantu mereka dalam mendapatkan pekerjaan kelak.

Topik-topik yang dibentangkan merangkumi bidang kajian pengurusan teknologi, operasi dan logistic termasuklah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Perniagaan Agro, Pembuatan, Perniagaan Pembinaan, Logistik, Tenaga dan Alam Sekitar.

Di antara pihak industri yang terlibat adalah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Akedemi Binaan Malaysia (ABM) dan Koperasi Agro Belantik.

Program tiga hari itu melibatkan penyertaan pelajar STML seramai 128 orang.

Turut hadir sama semasa Majlis Perasmian adalah Ketua Pustakawan, Salleh Huddin Mustaffa dan Prof Ir Dr Che Sobry Abdullah.

  • 1.png
  • 01.png
  • 10.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 91.png
  • mqa2023.png
  • setara2023.png
  • sirim_footer.png