Follow Us

member login button png 8

Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi dan Logistik Kali Ke-5 (SIPTIK V) bertemakan "Green Management Drivers for Sustainability and Transient Advantages" buat julung kalinya menerima penyertaan daripada tiga institusi pengajian tinggi awam lain.

Menurut Pengarah SIPTIK V, Dr Wan Nadzri Osman, seramai 364 mahasiswa menyertai SIPTIK V iaitu 304 daripadanya terdiri daripada mahasiswa UUM manakala 60 lagi daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (POLIMAS).

Katanya, simposium tersebut merupakan medan untuk mahasiswa tahun akhir membentangkan hasil kajian mereka bagi menerapkan budaya perkongsian ilmu menerusi aktiviti penyelidikan, penerbitan dan pertukaran maklumat serta pengalaman dengan pakar industri.

"Kesemua peserta mempamer dan membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam pelbagai topik yang berkaitan dengan Strategic Initiative Group (SIG) masing-masing.

Hal ini bukan saja dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengkomersialkan produk tetapi juga membantu mereka untuk memahami situasi pekerjaan yang sebenar," katanya.

Simposium tersebut dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dengan kerjasama Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC).

SIPTIK V turut mengadakan sesi temuduga terbuka untuk mengikuti program praktikum dan ceramah industri oleh tetamu jemputan.

Antara tetamu yang menyampaikan ucapan dasar adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan PKT Logistics Sdn Bhd Datuk Michael Tio; pensyarah kanan STML Dr Adam Mohd Saifudin; Presiden Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia, Ir Dr Mohd Mazlan Che Mat dan Pengarah Urusan Perniagaan Qurba Sdn Bhd, Suhaimi Ahmad.

Sementara itu, Dekan STML, Prof Madya Dr Zulkifli Mohamed Udin, berkata kajian yang dijalankan oleh mahasiswa adalah berlandaskan pada visi STML iaitu memperkembangkan konsep Pengurusan Hijau.

"Kajian berkonsepkan Pengurusan Hijau ini dijalankan menerusi inisiatif di dalam pengurusan teknologi, operasi, logistik dan pengangkutan.

Ia dicapai melalui SIG dengan menumpukan kepada industri yang menjadi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada perasmian simposium tersebut.

Beliau juga berharap penyertaan pada SIPTIK akan datang dapat diperluaskan lagi ke peringkat antarabangsa dengan melibatkan universiti daripada negara jiran seperti Thailand, Indonesia serta Vietnam.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah CUIC, Prof Madya Dr Hartini Ahmad.

  • 1.png
  • 01.png
  • 10.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 91.png
  • mqa2023.png
  • setara2023.png
  • sirim_footer.png