Follow Us

member login button png 8

Prof Dr. Maurits Van Rooijen, Profesor dari London Business School kagum dengan kerjasama pintar yang dilaksanakan oleh UUM menerusi Strategic Interest Group (SIG) Agro Business Technology, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik dalam pengurusan pertanian secara Lestari. Kekaguman ini diucapkan semasa lawatan beliau bersama Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) ke ladang penanaman padi organik di Ladang Sri Lovely Belantik, Sik pada 20 Ogos 2014.

Prof Maurits hadir sebagai pengucap utama dalam International Conference on Business Management (ICBM), anjuran UUM, COB, juga turut menyampaikan ucapan dalam sesi ‘Knowledge Sharing’ di Pusat Konvensyen UUM anjuran CUIC UUM.
Dalam sesi lawatan Prof. Dr. Maurits ke UUM, beliau sempat meluangkan masa melawat ke ladang padi organik yang dijalankan oleh Koperasi Agro Belantik di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang mempunyai kalobarasi dengan STML, UUM.
Beliau melahirkan rasa kagum dengan dengan usaha UUM dalam membantu komuniti luar bandar yang telah dan sedang dijalankan oleh kesemua agensi yang terlibat untuk mempromosikan inisiatif persekitaran hijau.

Semasa lawatan Prof Maurits, beliau telah diberikan taklimat oleh Dr. Kamal Ab. Hamid daripada SBM UUM dalam membangunkan model penanaman padi lestari yang menggunakan input-input daripada sumber yang bebas daripada bahan kimia.
Turut mengiringi lawatan ini ialah Pengarah CUIC, Prof. Madya Dr. Hartini Ahmad, Prof. Dr. Zakaria Abas, Dr. Kamal Ab. Hamid, Pn. Shahrina Othman serta staf CUIC yang lain.

  • 1.png
  • 01.png
  • 10.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 91.png
  • mqa2023.png
  • setara2023.png
  • sirim_footer.png