Follow Us

button login

Majlis "STML High Flyers" telah diadakan pada 10 Mac 2015 bertempat di Dewan Seminar C, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada majlis ini, seramai 144 orang pelajar STML telah diraikan sebagai penerima Anugerah Dekan semester A141 sesi 2014/2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan STML, Prof. Madya Dr. Shahimi Mohtar, manakala penyampaian sijil telah disempurnakan bersama oleh Dekan, Ketua Jabatan dan Penyelaras Program STML.

Antara lain dalam majlis yang sama, pelajar telah diberi peluang untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan STML dalam satu sesi dialog bersama Dekan dan Ketua Jabatan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan memberi motivasi kepada para pelajar bagi meningkatkan dan mengekalkan kecemerlangan akademik mereka untuk semester-semester yang akan datang. Majlis "STML High Flyers" ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dan Alumni STML dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar di STML iaitu; MOTIC, POM dan LOGTRANS.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png