Follow Us

button login

stml iso

Projek perundingan pengurusan kualiti Fasa Keempat, iaitu Audit Pematuhan oleh SIRIM di antara Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah berlangsung pada 15 hingga 16 Jun lalu.

Projek perundingan tersebut diketuai oleh Pensyarah Kanan STML, Dr Che Azlan Taib serta Dr Hj Mohd Norhasni Mohd Asaad dan Dr Rohaizah Saad. Semasa audit tersebut, seramai tiga orang Juruaudit SIRIM telah terlibat dengan dibantu oleh Dr Che Azlan dan Dr Hj Mohd Norhasni.

Dalam audit selama dua hari tersebut, tiada sebarang KETAKAKURAN ditemui, sebaliknya Juruaudit SIRIM hanya menemui tujuh peluang penambahbaikan. Ini bermakna MBAS dengan jayanya telah memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2008 yang berkuatkuasa 7 Jun 2015.

Dekan STML, Prof Madya Dr Shahimi Mokhtar turut berkongsi kegembiraan dengan kejayaan tersebut. Katanya projek yang berjalan dengan baik tersebut turut menaikkan nama STML dan UUM.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli perunding dan berharap STML dapat meneruskan kerjasama dengan MBAS dalam bidang-bidang lain seperti penyelidikan dan perancangan strategik.

Sementara itu, menurut ketua perunding, Dr Che Azlan Taib, projek perundingan ini telah bermula pada 4 Februari 2015 dan dijangka berakhir pada 15 Julai 2015.

"Semasa Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga, MBAS tidak menghadapi sebarang masalah. Kelancaran program semasa fasa-fasa tersebut menyebabkan program pensijilan di fasa keempat dapat berjalan dengan baik, lebih-lebih lagi semasa Fasa Kedua dan Ketiga," ujar beliau.

Seramai lima orang juruaudit kualiti UUM telah terlibat dalam Fasa Kedua iaitu Audit Dalaman. Mereka ialah Dr Hj Mohd Norhasni, Dr. Hj. Mohd Akhir Hj. Ahmad, Ketua Perunding, Dr Che Azlan Taib dari STML serta En Mazlan Jalla dan En Razak Siamin dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.

Semua penemuan semasa Audit Dalaman telah diambil tindakan dengan baik dan ia membantu audit pematuhan di Fasa Ketiga berjalan dengan baik, dan ini seterusnya audit kepatuhan dijayakan dengan amat cemerlang.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png