Follow Us

button login

stml jaist

JAIST nama singkatan kepada Japan Advanced Insitute of Science and Technology memberi harapan yang tinggi bagi mewujudkan kerjasama antarabangsa yang erat dengan UUM. Delegasi dari negara yang tersohor dengan pembangunan teknologi terdiri daripada Advisor to the President, Dr. Shungo Kawanishi, Professor from Graduate School of Knowledge Science, Prof. Dr. Youji Kohida serta Assoc. Prof. from Research Centre for Innovative Lifestyle Design.

Mereka telah disambut oleh Prof. Dr. Quamrul Hasan, Dr. Abdul Aziz Othman. Dr. Mohd. Kamarul Irwan Abdul Rahim, Dr. Mohamed Najib Salleh dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) bersama staf Welcome Centre.

Naib Canselor sebagai pemimpin yang menjadi kebanggaan UUM serta berjasa membangunkan kampus menjadi fokus utama delegasi semasa taklimat disampaikan. Bangunan yang dinamakan sempena nama mantan Naib Canselor sebagai mengenang jasa dan sumbangan mereka turut mendapat perhatian delegasi. Ingin tahu mengenai latar belakang Naib Canselor UUM berdasarkan gambar yang di pamerkan di Welcome Centre memberi maklum balas positif bahawa pemimpin UUM dikagumi delegasi dari negara matahari terbit.

Dr. Shungo berkata, " A very nice way to get familiarised with this excellent university"

Tambahnya lagi, "Very friendly and well-organised exhibitions and explanation."

JAIST juga yakin kerjasama antarabangsa melalui STML akan dimanfaatkan secara kolektif terutamanya dalam bidang Pengurusan Teknologi, penyelidikan, kolaborasi akademik yang lebih efektif pada skala yang lebih besar.

Delegasi dengan tersenyum mengucapkan 'Thank You Very Much" kepada UUM yang memberi layanan istimewa sepanjang mereka berada di sini.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png