Follow Us

member login button png 8

Program Dana Intervensi Young Professional Trucker berupaya meningkatkan kebolehpasaran graduan di samping membekalkan kemahiran semasa yang diperlukan oleh pihak industri.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan PKT Logistics Group Sdn Bhd, Dato’ Michael Tio Boon Huat berkata, keadaan semasa akibat daripada pandemik Covid-19 menyebabkan persekitaran kerja dalam industri logistik dan pengangkutan mengalami perubahan yang semakin mencabar.

 

“Graduan pelatih perlu memanfaatkan peluang yang diberikan ini untuk meningkatan kemahiran dan sentiasa peka dengan keadaan semasa.

“Ledakan perniagaan online telah merancakkan industri logistik dan penggunaan teknologi menjadi pilihan untuk semua pemain industri,” ucapnya pada Majlis Pelancaran Latihan Fasa 2 Dana Intervensi Young Professional Trucker 2020.

Beliau melancarkan dana Intervensi Fasa 2 Program Young Profesional Trucker serta penganugerahan surat tawaran pekerjaan bersyarat kepada graduan pelatih yang berlangsung di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang baru-baru ini.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi Dan Logistik (STML), Prof. Dr. Nor Hasni Osman berkata, cabaran dalam bidang logistik dan pengangkutan menyebabkan graduan tidak boleh hanya mempunyai ilmu pengetahuan semata-mata tetapi perlu juga melengkapkan diri dengan kemahiran baru.

Beliau mengakui bahawa teknologi kini menjadi faktor utama kemajuan perniagaan misalnya pandemik Covid-19 yang dihadapi seluruh penduduk dunia telah mempercepatkan lagi proses pengoptimuman penggunaan teknologi.

“Graduan pelatih harus komited dalam melaksanakan tugas dan cuba untuk mendapatkan seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman sebagai bekalan untuk mereka bersaing dalam suasana alam pekerjaan yang mencabar ini,” katanya pada program anjuran STML dan PKT Logistics Group Sdn Bhd.

Jelasnya, seramai 15 graduan pelatih dari UUM meneruskan Fasa 2 program latihan ini dengan menjalani latihan intensif di The 12 Waves, Batu Kawan dan perlu menduduki ujian latihan pemanduan trak selama 2 bulan bermula 8 Mac hingga 30 April 2021.

Fasa 1 program ini telah dilaksanakan pada 15 hingga 18 Disember 2020 secara dalam talian apabila graduan pelatih telah mengikuti 7 modul antaranya routing, scheduling, warehouse management dan truckers ethics management.

“Terima kasih kepada semua peserta yang bersabar dalam menghadapi dugaan pandemik ini diharapkan semua peserta dapat memberi komitmen terbaik untuk melengkapkan semua program latihan dan lulus dengan jayanya mendapatkan lesen memandu trak.

“Anda merupakan antara kumpulan yang bertuah mengikuti program ini apabila selesai sahaja tempoh latihan anda akan terus diambil bekerja dengan pihak PKT Logistics Sdn Bhd,” tambahnya.

Manakala peserta, Pelajar Sarjana Muda Sains Ekonomi, Mohd Azreen Ariffin teruja menimba sebanyak mungkin pengalaman di PKT Logistic yang sudah lama dinanti-nantikan.

“Sepatutnya, kami masuk lebih awal namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) projek ini ditangguhkan seketika dan pada 8 Mac lalu, program ini dapat dilaksanakan.

“Untuk tiga hari pertama, kami menjalani sesi orientasi dengan PKT menariknya kami banyak belajar tentang ‘warehouse’. PKT Logistic Batu Kawan memiliki 12 ‘warehouse’ yang dikenali sebagai 12th Waves. Dalam warehouse terdapat pelbagai barangan yang disimpan oleh syarikat lain yang menyewa ruang tertentu,” ujarnya.

Berbekalkan pengalaman yang amat berharga ini dapat membantunya menjadi seorang pekerja profesional sebelum menjadi pengurus yang cekap dan memahami selok belok syarikat pada masa akan datang.

Azreen bertekad memberi komitmen terbaik dalam melengkapkan program latihan ini.di samping menjaga nama baik universiti serta berharap program yang dirancang dapat berjalan dengan sempurna.

  • 1.png
  • 01.png
  • 10.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 91.png
  • mqa2023.png
  • setara2023.png
  • sirim_footer.png