Universiti Utara Malaysia (UUM), 21 Julai 2020 - Institut Pengurusan Bencana (DMI) Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) mengambil inisiatif untuk menganjurkan DMI Discourse Series yang pertama selaras dengan usaha global dalam meningkatkan kesedaran tentang Sustainable Development Goals (SDGs) dengan tajuk “Business and Social Research Excellence for Mainstreaming Sustainable Development Goals”. Penganjuran DMI Discourse Series ini dilihat selaras dengan usaha untuk terus mempromosi SDGs kearah mencapai kelestarian pembangunan sosial, ekonomi, pembasmian kemiskinan, kesihatan, pendidikan, pemanasan global, sanitasi, tenaga, urbanisasi dan alam sekitar. Panel jemputan bagi program DMI Discourse Series ini terdiri dari Prof. Dr Shahbaz Khan, Pengarah Biro Sains UNESCO Serantau Asia Pasifik dan Prof. Madya Dr Zainal Abidin Sanusi, Pengarah, Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity Development, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan moderator bagi program ini adalah Prof. Dr Ayoib Che Ahmad, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ini dijalankan secara atas talian dan secara langsung di Facebook. Ianya mendapat sambutan yang sangat baik dari dalam dan luar negara termasuk peserta dari Pakistan, Bangladesh, Nepal, Indonesia, China dan Jepun.