Staf dan pelajar dikampus Unversiti Utara Malaysia (UUM) dijemput menyertai Green Aerobik Khamis ini di Kompleks Sukan UUM yang akan bermula pada jam 8.00 pagi.
Pengarah Program Nurul Hamiza Hamzah 41 berkata, program anjuran Inasis Prowins, MalTen, Pusat Sukan UUM, STML dan CIAC UUM ini adalah kesinambungan daripada beberapa program pengisian Green sebelum ini.
‘Kami juga terpaksa menghadkan penyertaan staf dan pelajar kepada 100 peserta sahaja kerana mematuhi garis panduan dan pelaksanaan seperti yang diluluskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),’ujarnya lagi.
Dalam pada itu peserta yang akan menyertai program ini juga diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sedia ada.
Peserta juga dikhendaki memakai pelitup muka semasa menyertai Green Aerobik ini.
Staf yang menyertai program ini akan diberi mata PBU.