Follow Us

 

BUTTON

Selaras dengan usaha global dalam meningkatkan kesedaran tentang Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG),

Institut Pengurusan Bencana (DMI) Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) telah menganjurkan DMI Discourse Series bertajuk ‘Business and Social Research Excellence for Mainstreaming Sustainable Development Goals’, baru-baru ini.


Pengarah DMI, Dr. Suria Musa berkata, penganjuran tersebut adalah selaras dengan usaha untuk terus mempromosi SDG ke arah mencapai kelestarian pembangunan sosial, ekonomi, pembasmian kemiskinan, kesihatan, pendidikan, pemanasan global, sanitasi, tenaga, urbanisasi dan alam sekitar.


Panel terlibat ialah Pengarah Biro Sains UNESCO Serantau Asia Pasifik, Prof. Dr. Shahbaz Khan dan Pengarah, Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity Development, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi, manakala Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad selaku moderator.


DMI Discourse Series yang dijalankan secara atas talian (online) dan live di Facebook itu mendapat sambutan bukan sahaja dari dalam negara, malah luar negara seperti Pakistan, Bangladesh, Nepal, Indonesia, China dan Jepun

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png