Follow Us

button login

Satu lawatan telah diadakan oleh Persatuan Pengurusan Operasi (POM) Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah. Lawatan ini telah diadakan bertujuan membantu memulihkan semangat pesakit kanak-kanak yang ditempatkan di dalam hospital tersebut di samping mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan komuniti setempat.

Sewaktu lawatan ke HSB, Ketua Jururawat U32 Sr. Junaida Johari telah berkongsi pengalaman sepanjang mengurus dan menjaga pesakit kanak-kanak di HSB. Sedikit penerangan ringkas kepada sukarelawan mengenai tatatertib ketika berada di dalam wad kanak-kanak daripada pihak hospital dan Dr. Hanizan Zalazilah selaku pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Seramai 30 orang sukarelawan POM yang diketuai oleh Ketua Exco Kerohanian Nur Liyana Shamsudin telah mengadakan aktiviti ‘Jom Mewarna’, ‘Jom Buat Topeng Muka’ dan ‘Cuba Teka’ bagi membantu memulihkan semangat pesakit kanak-kanak yang terlibat. Lebih daripada 30 orang kanak-kanak telah terlibat di dalam program ini. Majoriti kanak-kanak yang terlibat adalah mereka yang terlibat dengan kes-kes respiratory dan oncology.

HSB melalui Sr. Junaida Johari mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian mahasiswa dan wakil pensyarah UUM berkongsi semangat dan pengetahuan kepada pesakit kanak-kanak HSB khususnya dan berharap jalinan hubungan dan kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang

  • 0.jpg
  • 1.png
  • 2.png
  • 4.png
  • 5.png
  • 6.png
  • 7.png
  • 8.png
  • 9.png