Follow Us

button login

Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Debat Logistik 2019 (Debate Competition 2019) yang berlangsung di AK Academy, Wisma Boon Siew, Pulau Pinang pada 17 Ogos 2019. Pertandingan Debat Logistik yang memasuki tahun ke lima pertandingan dalam bahasa Inggeris itu, dianjurkan oleh Pertubuhan Pakar-Pakar Logistik Malaysia (The Society of Logisticians Malaysia atau LogM) bersama The Chartered Institute of Logistics and Transportation (CILT) Bahagian Pulau Pinang dan Women in Logistics and Transportation (WILAT) Bahagian Pulau Pinang, turut membabitkan sembilan pasukan dari enam buah Universiti di seluruh Malaysia,yang antaranya ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kuala Lumpur UniKL (Johor), AK Academy, Universiti Tunku Abdul Razak (UTAR) dan Politeknik Seberang Prai. UUM telah menghantar satu pasukan untuk bertanding dalam pertandingan debat kali ini.

Beberapa tajuk hangat dan semasa yang berkaitan dengan isu-isu semasa logistik, pengangkutan dan pengurusan telah dipilih untuk didebatkan dalam pertandingan ini. Antarannya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Peranan Wanita dalam masa depan logistic, Laluan Rail Pantai Timur, e-Mobiliti dan Logistik sebagai matapelajaran pelajar tingkatan 4 hingga 6 dan Tujuan utama debat ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan para pelajar logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan didedahkan dengan isu dan pembangunan negara agar mereka peka dan sentiasa berfikiran progresif dalm bidang yang mereka terokai ini. Pertandingan ini juga membolehkan pelajar dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta menjadikannya satu platform untuk membina hubungan antara satu dengan lain serta dididik dengan suasana yang terbuka lagi positif.
Pertandingan Debat 2019 ini dimenangi oleh UniKL (JB) setelah menewaskan UUM dalam pertandingan akhir yang sengit dan mendebarkan. Tempat ketiga dimenangi oleh UTAR dan Politeknik Seberang Prai. Kaunselor Majilis Perbandaran Pulau Pinang, yang juga Pembantu Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Gerald Mak, menyampaikan hadiah kepada semua pemenang..
Pendebat-pendebat UUM yang hampir keseluruhannya diwakili oleh pelajar-pelajar STML dalam pertandingan debat berkenaan ialah NurSabrina Binti Zambri (STML-MOT), Ahmad Azizi Binti Mohd Khairi (STML-MOT), Sheikh Muhammad Al-Azim Bin Sheikh Mujibu (STML-Logistik dan Ketua Pasukan), Nor Natasha Binti Abd. Rashid (Agro), Muhammad Faisal Bin Bustaman (STML-POM dan Simpanan) dan Loqman Hakim Bin Mohammad Aslahuddin (STML-POM dan Simpanan).

  • 0.jpg
  • 1.png
  • 2.png
  • 4.png
  • 5.png
  • 6.png
  • 7.png
  • 8.png
  • 9.png