Follow Us

member login button png 8

Sempena menyambut kedatangan Syawal yang hanya tinggal sehari lagi, Kelab Logtrans, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) telah menganjurkan kempen Road Safety 'Pi Selamat, Balik Selamat' di pintu masuk utama Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.

Pengarah program, Nor Shafiqah Rosdi berkata, kempen tersebut bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga keselamatan jalan raya dan menggalakkan orang ramai agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan terutama pada musim perayaan ini.

"Pada musim perayaan ini, pelbagai perkara tidak diingini boleh berlaku sekiranya kita mengabaikan keselamatan sepanjang berada di atas jalan raya.

"Justeru, program ini adalah bagi membantu memberi peringatan dan kesedaran kepada orang ramai khususnya warga UUM yang akan bercuti dan pulang ke kampung halaman masing-masing supaya mereka selamat pergi dan pulang ke destinasi masing-masing," katanya ketika menyampaikan 'goodies' kepada 200 orang awam dan staf UUM.

Program Road Safety 'Pi Selamat, Balik Selamat' itu mendapat kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah yang mana turut disertai Pengarahnya, Chan Pei Hong dan Dekan STML, Prof Dr Rushami Zien Yusoff.

  • 1.png
  • 01.png
  • 10.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 91.png
  • mqa2023.png
  • setara2023.png
  • sirim_footer.png