Follow
Text Size
enarzh-CNdehijams
Sat, May 26, 2018

Satu program Penyediaan Asas Baja Kompos dan Organik anjuran kelas kursus Pengurusan dan Kejuruteraan Alam Sekitar (Kumpulan B) telah diadakan pada 10 April 2018 yang lalu dengan disertai seramai 40 pelajar Pengurusan dan Kejuruteraan Alam Sekitar serta 20 Pelajar Enactus, Universiti Utara Malaysia bersama pensyarah Dr. Zakirah Othman serta Penolong Pendaftar, Encik Anuar Mahayudin Mokhtar dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).

Program ini telah menjemput pihak dari Jabatan Pertanian, Bahagian Hortikultur negeri Kedah iaitu Puan Latipah Omar dan Encik Shahini Kamis bagi memberikan taklimat serta menunjukkan demo mengenai cara penyediaan baja kompos dan organik menggunakan beberapa bahan organik terpilih. Hasil program ini telah menghasilkan 5 jenis baja iaitu Instant IMO (Tinja Ayam + Top Soil + Dedak Halus), FPJ Kangkung, FFJ Pisang, FAA Ikan, OHN Halia dan OHN Bawang Putih.

Menurut Pensyarah Kursus Pengurusan dan Kejuruteraan Alam Sekitar (Kumpulan B) Dr. Nurul Azita Salleh, tujuan program ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai cara penyediaan baja kompos dan organik serta sebagai persediaan menjadi duta kecil atau wakil UUM untuk Program Service Learning iaitu bagi memberikan tunjuk ajar mengenai penyediaan baja kompos kepada komuniti masyarakat. Malah, program ini juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dalam melaksanakan sesuatu aktiviti sebagai satu pasukan.

  • 0.jpg
  • 1.png
  • 2.png
  • 4.png
  • 5.png
  • 6.png
  • 7.png
  • 8.png
  • 9.png