Follow
Text Size
enarzh-CNdehijams
Tue, Sep 25, 2018

Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) telah mengadakan program Go Green: Menanam pokok. Pokok ini telah ditanam dan menjadi pokok angkat setiap pengerusi jawatan kuasa STML. Sebanyak 13 pokok terdiri dari pokok buah-buahan ditanam di persekitaran STML. Program ini diadakan untuk mendidik dan mendedahkan staf dan pelajar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta mengenalkan pokok-pokok yang ditanam. Program ini juga diadakan bagi menjayakan Kempen Kesedaran Go Green peringkat universiti.

Program anjuran JK Kebajikan dan Sukan ini dimulakan dengan tanaman pokok mempelam harum manis oleh Tuan Dekan STML, Prof. Madya Dr. Shahimi Mohtar. Ianya diikuti pengerusi JK kebajikan dan Sukan, En. Ezanee Mohamed Elias dan seterusnya oleh pengerusi JK STMLyang lainnya. Antara pokok yang ditanam adalah mempelam harum manis (Mangiferaindica), mata kucing (Euphoria Malaiense), durian belanda (Annona Muricata), rambutan (Nephelium Lappaceu), dan kelapa pandan (Cocosnucifera).

Dekan STML, Prof. Madya Dr. Shahimi Mohtar berharap dengan program seperti ini, setiap staf yang dipertanggungjawabkan dapat menjaga pokok berkenaan dengan lebih baik agar ianya tumbuh subur, segar dan memberi persekitaran hijau yang tenang serta dapat menikmati hasilnya bukan saja kepada staf stml dan pelajar bahkan kepada semua.

  • 0.jpg
  • 1.png
  • 2.png
  • 4.png
  • 5.png
  • 6.png
  • 7.png
  • 8.png
  • 9.png