Follow
Text Size
enarzh-CNdehijams
Fri, Jul 19, 2019

Pusat Alumni meneruskan program Kembara Alumni ke selatan tanah air dan berkesempatan untuk menjejak alumni di Melaka dalam usaha mengeratkan hubungan alumni dengan pihak Universiti.

Pusat Alumni memulakan program dengan melakukan kunjungan hormat ke pejabat Dr. Mohd Syaiful Rizal Abdul Hamid, Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia tahun 2001.

Pusat Alumni juga turut melakukan kunjungan hormat ke pejabat bersama Datuk Yusof Jantan, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM). Beliau merupakan antara kumpulan graduan awal UUM yang menetap di Kampus Tanah Merah, Jitra.

Pusat Alumni juga berkesempatan bertemu dengan alumni yang terlibat dalam bidang usahawan. Antaranya Puan Alifah Haniah Abdullah yang menamatkan pengajian pada tahun 1996 dalam jurusan Perakaunan. Beliau merupakan pemilik kepada perniagaan Sutra Maya Spa. Turut dikunjungi ialah Puan Nur Hafizah Karim yang melibatkan diri dalam industri jahitan pakaian. Beliau menamatkan pengajian dalam jurusan Hal Ehwal Antarabangsa pada tahun 2003.

Kembara Alumni di negeri Melaka diakhiri dengan majlis ramah mesra Alumni UUM Chapter Melaka. Majlis ini dijayakan dengan kerjasama Encik Ayob Samad, pemilik ELshape Holiday House yang juga merupakan alumni UUM. Antara alumni yang hadir pada majlis tersebut ialah Encik Wahe Nordin, Timbalan Pendaftar UTeM dan beberapa orang alumni yang bekerja di sektor kerajaan dan sektor swasta. Semasa majlis tersebut, Alumni UUM Chapter Melaka telah bersetuju untuk mengadakan beberapa aktiviti sempena Tahun Melawat UUM 2016. Antara program yang dicadangkan ialah Alumni Homecoming, Alumni Executive Talk dan Majlis Makan Malam Alumni.

Sumber: Alumni UUM

  • 0.jpg
  • 1.png
  • 2.png
  • 4.png
  • 5.png
  • 6.png
  • 7.png
  • 8.png
  • 9.png