Follow
Text Size
enarzh-CNdehijams
Fri, Jul 19, 2019

Menyedari kepentingan alumni dalam pembangunan Universiti, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjadikan usaha untuk mengeratkan hubungan alumni sebagai salah satu agenda utama Universiti. Pengiktirafan kepada kejayaan alumni merupakan salah satu usaha untuk mencapai objektif tersebut.

Dalam merealisasikan perkara tersebut, Dato’ Md Nizam Md Sheriff, Pengarah Eksekutif Maya Maju (M) Sdn. Bhd. telah diberi peluang untuk merasmikan Minggu Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UUM 2013. Beliau merupakan alumni UUM dalam bidang Ekonomi tahun 1994. Beliau telah menerajui syarikat tersebut dan mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang pembinaan. Antara kejayaan terbesar beliau ialah menyiapkan Istana Negara yang baharu.

Semasa perasmian tersebut, Dato’ Md Nizam melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk merasmikan program tahunan tersebut dan berazam untuk melestarikan UUM di persada antarabangsa. Sementara itu, Dr. Muhamad Fuad Othman, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COLGIS yang mewakli Naib Canselor menyifatkan kejayaan Dato’ Md Nizam sebagai pengiktirafan kepada UUM sebagai universiti yang melahirkan graduan dalam bidang pengurusan.

Turut hadir, Prof. Madya Dr. Azman Yasin, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM CAS, Dr. Halim Mad Lazim, Pengarah Alumni UUM, Dr. Rose Shamsiah Samsudin, Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya UUM serta pegawai-pegawai kanan universiti.

Sumber: Alumni UUM

  • 0.jpg
  • 1.png
  • 2.png
  • 4.png
  • 5.png
  • 6.png
  • 7.png
  • 8.png
  • 9.png