Follow
Text Size
enarzh-CNdehijams
Fri, Jul 19, 2019

Alumni Futsal Fiesta 2013 yang dianjurkan oleh Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan salah satu aktiviti tahunan dan ia merupakan penganjuran kali ketiga semenjak ia dimulakan pada tahun 2011. Antara objektif utama aktiviti tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan alumni dengan pelajar, di samping merapatkan jalinan hubungan sesama alumni.

Kejohanan ini mendapat penyertaan yang menggalakkan melibatkan penyertaan daripada pasukan alumni, pasukan pelajar termasuk pelajar antarabangsa di samping penyertaan pasukan pihak luar. Pasukan Tam Ayam dari Alor Setar telah menjuarai kejohanan tersebut apabila menewaskan pasukan Sahabat Futsal FT daripada pasukan pelajar UUM. Apa yang lebih menarik pada kejohanan kali ini, pemenang tempat ketiga dan keempat kejohanan tersebut telah membuat kejutan dengan menyumbangkan hadiah kemenangan mereka kepada Tabung Bencana Banjir Kuantan 2013 sebagai tanda keprihatinan UUM kepada bencana yang berlaku baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Dato’ Haji Zulkifli Haji Yaacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan merangkap penyelaras bantuan mangsa banjir di Kuantan. Beliau juga merupakan alumni UUM dalam jurusan Pengurusan Awam tahun 1988. Perasmian dan penyampaian hadiah kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Halim Mad Lazim, Pengarah Alumni UUM.

Sumber: Alumni UUM

  • 0.jpg
  • 1.png
  • 2.png
  • 4.png
  • 5.png
  • 6.png
  • 7.png
  • 8.png
  • 9.png