PROGRAM PENYEDIAAN BAJA KOMPOS & ORGANIK: KURSUS PENGURUSAN & KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR
- Details

Satu program Penyediaan Asas Baja Kompos dan Organik anjuran kelas kursus Pengurusan dan Kejuruteraan Alam Sekitar (Kumpulan B) telah diadakan pada 10 April 2018 yang lalu dengan disertai seramai 40 pelajar Pengurusan dan Kejuruteraan Alam Sekitar serta 20 Pelajar Enactus, Universiti Utara Malaysia bersama pensyarah Dr. Zakirah Othman serta Penolong Pendaftar, Encik Anuar Mahayudin Mokhtar dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).